Monday 17 March 2014

MTQ PKG Kemasek 2014


16 Mac 2014 ( Isnin )  - Seramai 15 orang murid dari SK Seri Bandi 2 telah mewakili sekolah untuk menyertai beberapa acara yang dipertandingkan sempena MTQ PKG Kemasek pada kali ini. Antara acara yang disertai oleh murid SK Seri Bandi 2 ialah nasyid, hafazan, tilawah dan bercerita. SK Seri Bandi 2 telah dipilih menjadi tuan rumah bagi pertandingan nasyid. Bagi acara lain ia dijalankan di SK Seri Bandi. Dalam pertandingan nasyid kumpulan nasyid dari SK Seri Bandi 2 telah mendapat tempat yang ke-4. Manakala bagi pertandingan bercerita perempuan Adik Nur Asyikin Ayuni Binti Muhd Yeng dan tilawah lelaki Adik Ahmad Bin Abdul Halim, wakil dari SK Seri Bandi 2 telah mendapat tempat ke-3. Tahniah diucapkan kepada murid SK Seri Bandi 2 yang berjaya dalam pertandingan MTQ PKG Kemasek pada tahun ini.


Video Nasyid SK Seri Bandi 2

Saturday 15 March 2014

KBS Tahap 1 Siri 1


15 Mac 2014 ( Sabtu ) - Kem Bestari Solat yang merupakan aktiviti wajib di bawah program jQAF  untuk murid sekolah rendah telah dilaksanakan pada hari ini. Kem Bestari Solat untuk tahap satu siri yang pertama ini telah dijalankan pada hari ini bermula jam 8.00 pagi berakhir jam 1.45 petang. Pengisian dalam kem kali ini ialah pengenalan tentang solat bagi tahun satu dan bacaan dalam solat untuk tahun 2 dan 3. Seramai 147 orang murid telah terlibat dalam kem pada hari ini yang dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Kem berakhir dengan solat zohor secara berjemaah bertempat di Surau Raudhatul Jannah. 

Thursday 20 February 2014

Solat Hajat Perdana UPSR 2014



20 Feb 2014 ( Khamis )- Program solat hajat perdana untuk calon-calon peperiksaan UPSR 2014 telah diadakan pada hari ini bertempat di surau sekolah. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari kalangan ibubapa, calon UPSR dan juga guru-guru SK Seri Bandi 2. Program solat hajat ini bermula selepas solat maghrib dan berakhir selepas isyak telah dipimpin oleh Ustaz Anuar bin Jusoh, guru jQAF SK Seri Bandi 2.

Thursday 23 January 2014

Sambutan Majlis Maulidur Rasul 1435H


23 Jan 2014 - Sambutan Majlis Maulidur Rasul telah diadakan di SK Seri Bandi 2 pada hari ini sempena mengingati kelahiran Nabi Muhammad SAW. Tujuan sambutan ini  diadakan adalah untuk mengingati semula kisah kelahiran baginda dan menanam sifat cintakan nabi dikalangan murid-murid SK Seri Bandi 2. Majlis dimulakan dengan perarakan oleh murid-murid diikuti dengan persembahan nasyid dan ceramah. Jamuan pada sambutan kali ini adalah sumbangan dari pihak kantin sekolah. Turut diadakan pertandingan bagi setiap rumah sukan yang menyertai perarakan dan persembahan nasyid. Keputusan pertandingan pada tahun ini adalah seperti berikut ;